fb fb fb fb fb

Banjir di Sabah pulih sepenuhnya

Foto Fail

KOTA KINABALU, 15 Mac - Kesemua penduduk terjejas banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Beaufort telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan PPS terakhir iaitu Dewan DSP Dun Banir telah ditutup pada pukul 9.00 pagi.

"Kesemua tujuh orang daripada tiga keluarga dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas banjir surut sepenuhnya,” menurut kenyataan itu.

TETITIA YUSOFF