fb fb fb fb fb

Banjir di Perak, empat PPS masih dibuka

Foto FB APM Daerah Hilir Perak

IPOH, 28 Oktober - Sebanyak empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih dibuka melibatkan tiga daerah iaitu Hilir Perak, Kerian dan Hulu Perak, setakat pukul 8 pagi tadi.

Jumlah penduduk terjejas banjir di negeri itu setakat ini adalah seramai 263 orang daripada 76 keluarga.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menerusi kenyataan memaklumkan, di daerah Hilir Perak, (PPS) Dewan Serbaguna Padang Tembak menempatkan 139 penduduk daripada 45 keluarga.

Manakala 23 penduduk daripada 9 keluarga pula ditempatkan di (PPS) Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) Langkap.

Sementara itu, di daerah Kerian antara PPS yang dibuka ialah di Sekolah Rendah Kebangsaan Changkat Lobak yang menempatkan 41 penduduk daripada 9 keluarga.

Di Hulu Perak, (PPS) yang dibuka ialah di Sekolah Kebangsaan Kerunai menempatkan 60 penduduk daripada 13 keluarga.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN