fb fb fb fb fb

Banjir di Dungun semakin pulih, hanya lapan PPS aktif

Dewan Serbaguna Kampung Shukor masih menempatkan 226 penduduk

KUALA TERENGGANU, 28 Januari- Setakat enam petang tadi hanya tinggal lapan sahaja pusat pemindahan sementara PPS yang masih dibuka di daerah Dungun.

Kesemua PPS berkenaan menempatkan 955 penduduk daripada 281 Keluarga.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan bencana negeri memaklumkan paling ramai berada di Masjid Jamek Kampung Jongok Batu Iaitu 258 diikuti Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja seramai 247.

Dewan Serbaguna Kampung Shukor pula masih menempatkan 226 penduduk.

Secara keseluruhan, tiada lagi hujan direkodkan di kawasan terjejas banjir dan dijangka lebih ramai penduduk akan dibenarkan pulang.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE