JOHOR BAHRU, 10 Januari- Seramai 7,762 penduduk terjejas banjir di Johor daripada 2,121 keluarga ditempatkan di 51 pusat pemindahan sementara (PPS), setakat 5.00 petang.
Menerusi kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, Kota Tinggi kekal menjadi daerah paling terjejas, dengan 4,471 penduduk ditempatkan di 24 PPS.
Manakala, di Johor Bahru seramai 1,176 penduduk daripada 455 keluarga ditempatkan di 10 PPS, Kluang seramai 1,308 penduduk daripada 386 keluarga berlindung di sembilan PPS.
Sebanyak empat PPS beroperasi di Segamat, menempatkan 107 penduduk daripada 29 keluarga, manakala Batu Pahat, dua PPS menempatkan 48 penduduk daripada 15 keluarga.
Selain Kulai, satu PPS dengan 90 penduduk, dan Pontian, juga satu PPS dengan 22 penduduk.