fb fb fb fb fb

"Jangan bertindak di luar kawalan, patuh undang-undang negara" - Saarani

Foto FB SUK Perak

IPOH, 10 Januari- Semua pihak diingatkan agar tidak menimbulkan suasana huru-hara dalam masyarakat dengan mengancam keselamatan awam.

Jelas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, perbuatan tersebut hanya mengakibatkan reaksi balas dendam sekali gus mencetuskan ketidakharmonian dalam negara.

"Kita mesti patuh kepada undang-undang negeri serta undang-undang negara. Jangan melakukan perbuatan yang boleh mewujudkan perbuatan balas dendam."

"Jadi, itu tidak baik untuk kita. Maka, saya yakin Polis Diraja Malaysia kini dalam tindakan dan polis ini lebih tahu daripada kita. Mudah-mudahan insiden ini menjadi iktibar seluruh rakyat Perak," kata Saarani kepada pemberita pada majlis Executive Talk dan Perutusan Tahun Baharu 2024 Bersama Penjawat Awam Negeri Perak, di sini.

Beliau mengulas kejadian kebakaran membabitkan kediaman Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham di Ayer Tawar yang disyaki dibaling bom petrol dan menyebabkan kenderaan ahli parlimen itu musnah dijilat api.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM