fb fb fb fb fb

Bangunkan agenda tenaga global, fokus Sesi Plenari Akhir Sidang Kemuncak Masa Depan Keselamatan Tenaga

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof/ BERNAMA

LONDON, 24 April- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyertai Sesi Plenari Akhir peringkat Menteri membincangkan keperluan dan tindakan yang perlu dilakukan bagi membangunkan agenda tenaga global, pada hari kedua Sidang Kemuncak Masa Depan Keselamatan Tenaga, di sini.

Sesi plenari ini dikendalikan Setiausaha Negara Keselamatan Tenaga dan Sifar Bersih United Kingdom, Ed Miliband bersama Pengarah Eksekutif Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA), Dr Fatih Birol.

Hasil plenari akan dipanjangkan ke luar persidangan ini dengan membawa agenda keselamatan tenaga yang dibincangkan ke peringkat seterusnya.

Sesi ini turut memberi perhatian kepada membina kebersamaan dalam membentuk pendekatan menyeluruh terhadap keselamatan tenaga.

Ia juga mengenal pasti kepentingan keselamatan tenaga sedia ada serta memastikan negara peserta memiliki kaedah bagi menangani dan bertindak balas terhadap cabaran keselamatan tenaga, selain mengkoordinasikan dengan bekerjasama secara berkesan bagi memastikan keselamatan tenaga global untuk jangka masa panjang.

ROSLINA BINTI DIN