fb fb fb fb fb

Bajet 2023: JAKIM mohon peruntukan tambahan bagi sektor pendidikan Islam

(Foto BERNAMA)

PUTRAJAYA, 4 Oktober- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berharap peruntukan bagi pembangunan hal ehwal Islam negara akan ditambah dalam bajet 2023 nanti.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata ia penting bagi sektor pendidikan Islam dan juga dakwah dalam era yang semakin mencabar ini.

"Kita mengharapkan supaya ada sedikit penambahan, itu pun kita sedar bergantung kepada kemampuan daripada pihak Kementerian Kewangan. Kita dengar nanti penjelasan daripada Kementerian Kewangan dan kita memang berharap kerana, kita banyak fokus kepada pendidikan dan juga soal dakwah ini," kata Idris kepada RTM semasa hadir mempengerusikan persidangan meja bulat ke arah memperkasakan pengurusan harta pusaka di Malaysia.


(Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad/Fail)

Persidangan ini diadakan untuk mencari jalan bagi mempermudahkan masyarakat menyelesaikan hal pengurusan harta pusaka secara lebih efisyen dan pantas.

Tambah beliau, fokus bajet sebelum ini sebahagiannya telah digunakan bagi menaikkan elaun guru takmir, imam, bilal dan juga penggerak masyarakat Orang Asli.

Peruntukan tambahan juga diperlukan bagi memberi galakan kepada agensi agama untuk membantu lebih ramai masyarakat yang terkesan rentetan fasa pandemik.

Media Baharu