fb fb fb fb fb

Azhar Mohamad, selamat pulang

(Azhar Mohamad selamat tiba di KLIA pada pukul 5.15 petang)

SEPANG, 20 Oktober- Rakyat Malaysia yang diserang strok di Korea Selatan selamat tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur pada Rabu, pukul 5.15 petang.

Azhar Mohamad mendapat rawatan di Hospital Chungbuk National University, Cheonjung sejak 31 Ogos lalu terpaksa menanggung kos rawatan sebanyak RM283,000 dengan bantuan kewangan keluarga dan sumbangan orang ramai.

Pihak hospital bersetuju bahawa baki kos rawatan yang dianggarkan berjumlah RM126,000 dibayar secara ansuran selama 12 bulan.

Azhar tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Seoul ditemani dua adik perempuannya, Fazillah, 35, dan Norul Hanim, 34, serta sepupunya, Noradilawaty Zainol, 44.

Mereka disambut Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

Menurut Datuk Seri Saifuddin urusan rawatan beliau dan pengeluaran Sijil Kecemasan (EC) bagi membolehkan kepulangan mereka ke tanah air dibantu Kedutaan Malaysia di Korea Selatan.

Azhar dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (FTAF) di Kuantan bagi menjalani rawatan susulan.

Datuk Seri Saifuddin turut menasihatkan warga Malaysia yang berada di luar negara untuk mendaftarkan keberadaan mereka dengan Pejabat Perwakilan Malaysia yang berhampiran bagi memudahkan urusan bantuan sekiranya berhadapan sebarang kecemasan.

(Datuk Seri Saifuddin Abdullah ketika ditemui pemberita di KLIA)

 

Media Baharu