fb fb fb fb fb

Awak-awak hilang: Op carilamat dihentikan selepas tiga hari

Foto Maritim Malaysia

KUALA KEDAH, 20 Februari-Seorang awak-awak Vesel nelayan tempatan gagal ditemui setelah Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) selama tiga hari yang dijalankan.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, Maritime Rescue Sub-Centre MRSC Langkawi telah menerima panggilan daripada pengadu menyatakan mangsa, warga Thailand telah terjatuh ke dalam laut pada pukul 11.00 malam pada Ahad di kedudukan 21.1 batu nautika barat daya muara kuala Sungai Yan Kechil.

Susulan itu, operasi CARILAMAT telah diaktifkan pada petang Isnin lalu, dan ditamatkan pukul 7.30 petang semalam (Rabu) selepas tidak menemui sebarang petunjuk baharu.

Maritim Malaysia telah diatur gerak ke lokasi sejurus operasi CARILAMAT diaktifkan dengan bantuan Pasukan Polis Marin (PPM) dan Angkatan Pertahanan Malaysia (APM).

Pihak Maritim Malaysia Kuala Kedah mengingatkan semua yang berhasrat melakukan aktiviti di laut agar memastikan kesihatan diri dalam keadaan yang baik selain mengambil langkah-langkah keselamatan seperti memakai jaket keselamatan, merujuk ramalan kaji cuaca, memastikan bot dalam keadaan baik, dan membawa Personal Locator Beacon (PLB). 

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD