fb fb fb fb fb

Aplikasi MyJPJ tidak wajib dimuat turun - Anthony

KUALA LUMPUR, 10 Februari - Pelekat cukai jalan "road tax" yang tidak wajib dipaparkan di cermin kereta mendapat pelbagai persoalan, selepas menteri pengangkutan umum pada petang tadi.

Pelbagai persoalan dilimpahkan bagi mendapat kesahihan mengenai isu ini.

Menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook, antara pertanyaan yang utama ditanya adalah mengenai aplikasi 'MyJPJ' sama ada wajib atau tidak, dan ia tidak wajib dimuat turun. Ini kerana ia adalah satu opysen untuk mendapat salinan digital untuk road tax dan lesen memandu.


(Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook ketika sidang medianya hari ini)

"Jika tiada muat turun aplikasi tersebut, dan tidak dapat tunjuk digital cukai jalan, tiada saman akan dikenakan, pihak penguatkuasa boleh membuat pengesahan status cukai jalan melalui sistem dalam gadget mereka," katanya menerusi laman sosial facebooknya hari ini.

Selain itu, persoalan cukai jalan dan lesen memandu yang telah tamat tempoh masih perlu dibayar.

"Semua pengguna jalan raya masih perlu bayar cukai jalan dan hidup lesen memandu, hanya pelekat sahaja yang tidak perlu di tampal.

"Manakala, bagi persoalan yang mengatakan warga emas yang tiada 'smart phone' dan kawasan yang tiada capaian internet, tidak perlu bimbang, kerana digital format bukan diwajibkan. Masih boleh dapatkan sticker road tax dan lesen fizikal dari JPJ sekiranya perlu," katanya.

Tiada kesalahan jika kenderaan dipandu bukan pemilik kenderaan tersebut. Pihak penguatkuasa boleh semak butiran melalui gadget mereka jika hendak melihat sama ada cukai jalan masih hidup atau tidak.

Masalah aplikasi MyJPJ tidak dapat log masuk pagi tadi, kerana sistem ini merupakan sistem baharu dan mempunyai trafik tinggi, orang ramai ingin mendaftar pada masa yang sama.

"Saya sedar dalam apa sahaja proses perubahan, ia akan mengambil masa untuk disesuaikan. Ada pihak yang tidak akan setuju dengan perubahan tersebut.

"Saya menghormati semua pandangan dan cuba menguruskan perubahan sebaik mungkin, bersama pasukan saya di MOT dan JPJ akan cuba memperbaiki sebarang kelemahan yang timbul dalam proses perubahan ini," katanya dalam kenyataan di laman sosial facebooknya malam ini.

Beliau berkata, sama-sama kita menuju ke arah perubahan yang lebih baik.

Media Baharu