fb fb fb fb fb

Anwar mahu skop tugas JAN diperluaskan

(FOTO BERNAMA)

PUTRAJAYA, 1 September - Bidang kuasa Jabatan Audit Negara, JAN perlu diperkukuh dan diperluas, agar dapat merangkumi peranan institusi hisbah atau 'ombudsman'

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan berkata perkara tersebut masih di peringkat perbincangan untuk memastikan perkara itu dapat direalisasikan.

"Saya kini meneliti supaya skop tugas Jabatan Audit Negara (JAN) diperkukuh dan diperluaskan upaya tidak boleh merangkul apa yang disebut Institusi Hisbah atau 'Ombudsman'.

"Perkara ini masih dalam perbincangan api yang penting kita perluaskan bidang tugas Jabatan Audit Negara," katanya ketika ditemui media selepas mengadakan perjumpaan bersama warga Jabatan Audit Negara di sini hari ini.

Tegas Anwar, peranan audit itu perlu 'disegani' bukan sahaja audit daripada segi kewangan tetapi juga daripada segi pematuhan kepada peraturan dan prinsip bagi mengelak kecurangan sama ada dalam bentuk rasuah, ketirisan atau kecuaian.

Menurut Anwar, pengabaian terhadap budaya tidak mengendahkan teguran LKAN perlu dinoktahkan terutamanya teguran terhadap salah guna kuasa, kecuaian atau penipuan.

Sementara itu, Anwar juga mahu Laporan Audit Negara yang dikeluarkan setiap tahun, dibawa dan dibahaskan di Parlimen.

Tambah Anwar, perkara tersebut penting bagi memastikan tiada ketirisan yang berlaku serta memperbaiki kelemahan sekiranya wujud dalam kerajaan.

"Saya akan pastikan ia dibahaskan. Kalau ada kelemahan kita baiki. Kalau ada pelanggaran kita betulkan. Kalau benar ada penyalahgunaan kuasa kita pasti ambil tindakan", katanya dalam ucapan pada sesi perjumpaan Perdana Menteri bersama pengurusan dan warga Jabatan Audit Negara di sini, hari ini.

Justeru, Kementerian Kewangan, perlu mengetuai tugas untuk meneliti semua laporan serta memastikan pematuhan dibuat semua jabatan yang terlibat.



(FOTO BERNAMA)

Media Baharu