fb fb fb fb fb

Anwar hadir Majlis Kenduri Korban MADANI

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Kenduri Korban MADANI di Masjid Jamek Cherok Tok Kun Bawah, Bukit Mertajam, Pulau Pinang/Foto RTM

BUKIT MERTAJAM,18 Jun-Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Kenduri Korban MADANI di Masjid Jamek Cherok Tok Kun Bawah, Bukit Mertajam, Pulau Pinang hari ini.

Beliau yang diiringi isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tiba kira-kira pukul 8.50 pagi, disambut pengurusan masjid dan penduduk untuk memulakan ibadah korban pada hari kedua Aidiladha.

Datuk Seri Anwar turut menyaksikan ahli kariah masjid melakukan ibadah korban dan meninjau operasi melapah dan menimbang daging bagi diagihkan kepada penduduk setempat.

Beliau juga menziarahi Ustazah Salmah Abu Bakar di kediamannya di Kampung Cherok Tok Kun.

Ustazah Salmah merupakan Guru Kelas Asas Fardu Ain (KAFA) kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau menuntut di Madrasah Al Itihadiah Al Wataniah, Cherok Tok Kun.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD