fb fb fb fb fb

ASA kembali dengan jangkaan lebih berprestij dan gilang-gemilang

KUALA LUMPUR, 26 Oktober - Selepas enam tahun, Malam Anugerah Seri Angkasa (ASA) dan Majlis Kemuncak ASA 2022 kembali dengan jangkaan lebih berprestij dan gilang-gemilang.

Malah, penganjurannya juga bakal menjadi pemangkin kepada pemain industri penyiaran untuk meningkatkan kualiti dan karya masing-masing.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata menjelang penganjurannya, segala persiapan dan persediaan dipertingkat bagi memastikan kelancaran majlis yang julung kali diadakan itu.

(Annuar ditemui pemberita selepas menjadi tetamu menerusi
program Debaran Anugerah Seri Angkasa 2022, di Angkasapuri)

"Kita mahu Anugerah Seri Angkasa (ASA) menjadi malam kebanggaan kepada pemain industri dan bukan hanya tertumpu kepada kategori-kategori utama yang tertentu, tetapi kita ingin membawa masyarakat untuk memahami keseluruhan ekosistem dunia penyiaran yang mempunyai pemain utama, termasuk yang di belakang tabir dan yang jarang kita dengar dan tampil ke hadapan. Mereka semua memainkan peranan penting untuk menjadikan dunia penyiaran itu sesuatu yang kompetitif dan bermutu tinggi," kata Annuar di sini.

Bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), ASA 2022 akan membuka tirainya pada 29 dan 30 Oktober dengan menampilkan hadiah menarik berbentuk trofi dan wang tunai buat pemenang bagi setiap kategori.

Media Baharu