fb fb fb fb fb

Anjung Kasih YKN HRPZ 2, bantu sediakan penginapan sementara

KOTA BHARU, 17 Mac- Better Brighter” Anjung Kasih Yayasan Kebajikan Negara (YKN) Hospital Raja Perempuan Zainab 2 (HRPZ 2), Kota Bharu, Kelantan dijangka mula beroperasi mulai Disember depan.

Menteri Pembangunan Wanita, keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun berkata, Anjung Kasih YKN yang ke-17 itu mendapat tajaan korporat Tenaga Nasional Berhad (TNB) berjumlah RM1.5 juta.

Kementerian berharap setiap negeri mempunyai Anjung Kasih yang mampu meringankan golongan tidak berkemampuan untuk menginap sementara mengiringi pesakit mendapat rawatan di hospital.

Setakat ini, YKN sedang berusaha mewujudkan Anjung Kasih di Terengganu dan mengalu-alukan lebih banyak syarikat korporat untuk tampil membantu
menyediakan penginapan tersebut.

"YKN mengharapkan agar setiap negeri ada mempunyai Anjung Aasih dan setakat ini negeri Terengganu yang belum ada lagi…. ada juga permintaan permintaan daripada pihak hosppital untuk mengadakan projek Anjung Kasih ini kerana ianya membantu terutama kepada golongan mereka yang kurang berkemampuan untuk menempatkan keluarga saudara mara yang mengiringi pesakit supaya mereka dapat menginap disini secara percuma," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Penyerahan Tajaan TNB kepada YKN bagi penubuhan Better Brighter Anjung Kasih YKN-TNB di HRPZ 2, Kota Bharu.


(Menteri Pembangunan Wanita, keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun)


Mengulas lanjut Rina berkata, Anjung Kasih di HRPZ 2 itu dijangka dapat menyediakan 84 buah katil pada satu-satu masa.

Setakat ini, lebih 80,000 waris pesakit telah mendapat manfaat dari 16 Anjung Kasih YKN yang beroperasi di hospital kerajaan di seluruh negara.

Media Baharu