fb fb fb fb fb

Vaksin, dos penggalak : JKN, MAIK dan Jabatan Mufti Kedah bekerjasama beri maklumat

ALOR SETAR, 17 Mac- Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah, Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) dan Jabatan Mufti Negeri akan bekerjasama bagi mencari jalan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan vaksinasi terutama dos penggalak.

Exco Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Kedah, Datuk Dr. Mohd Haayati Othman berkata jumlah kematian di luar hospital akibat COVID 19 atau “Brought In Death” (BID) di Kedah setakat ini agak membimbangkan.

"Kita pun hairan kenapa sebab itu baru- baru ini pihak JKN telah mengadakan perbincangan dgn MAIK dan juga kita nak buat kunjungan ke pejabat mufti untuk mendapat pandangan dari mufti beri nasihat kepada masjid-masjid supaya apa cara mereka boleh sebarkan kepada rakyat di peringkat kampung-kampung supaya orang-orang Melayu ini meletakkan kesedaran bahawa booster ini penting," katanya kepada pemberita di Wisma Darul Aman, Alor Setar.


(Exco Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Kedah, Datuk Dr. Mohd Haayati Othman)

Ujarnya kes melibatkan pesakit berusia 60 tahun dan ke atas yang mengidap penyakit kronik atau warga emas.

Statistik di Kedah menunjukkan 90 peratus pesakit tidak mengetahui mereka dijangkiti penyakit COVID-19.

Media Baharu