fb fb fb fb fb

ANGKASA komited bantu masyarakat Orang Asli

KUALA LIPIS, 3 Julai - Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) komited membantu masyarakat Orang Asli melalui gerakan koperasi dalam usaha mengeluarkan mereka daripada garis kemiskinan dan meningkatkan status sosial dan ekonomi.
 
Presidennya, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, gerakan koperasi adalah antara platform terbaik yang boleh membantu mengeluarkan masyarakat itu daripada cabaran kemiskinan.
 
Melalui koperasi katanya, komuniti itu dapat berganding bahu untuk meningkatkan keupayaan ekonomi dengan memanfaatkan kekuatan secara kolektif berkaitan kebudayaan, pertanian,  kraf tangan dan `keindahan kampung.
 
"Terdapat 91 buah koperasi orang asli dengan kekuatan seramai 12,072 orang dengan sebanyak dua tiga juta aset. Jadi perangkaan yang di keluarkan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) pada 31 Disember 2022 dan saya percaya jumlah itu mungkin bertambah," kata Fattah, di sini.
 
Menurutnya, antara koperasi yang aktif ialah Koperasi Kijang Emas Pahang Berhad, Koperasi RPS Betau Berhad, Koperasi Orang Asli Muslim Pahang Berhad, Koperasi Permodalan Orang Asli Raub Pahang Berhad dan lain-lain.
 
Beliau yakin dengan penubuhan koperasi ini dapat membuka peluang ekonomi lebih luas kepada komuniti Orang Asli yang semakin celik kepentingan berkoperasi.
 
Koperasi akan berfungsi sebagai platform penting untuk pembangunan kemahiran dan pembinaan kapasiti modal insan dan mengubah landskap ekonomi masyarakat berkenaan.

(Fattah ditemui pemnberita selepas merasmikan
Mesyuarat Agung Kali Pertama Koperasi Kemajuan Orang Asli Sungai Padi  Lipis Berhad, di sini)

 

Media Baharu