fb fb fb fb fb

ANGKASA kenal pasti 3,000 koperasi sertai BA100, bantu stabil harga barang keperluan

BANGI, 19 Februari - Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) telah mengenal pasti 3,000 koperasi yang akan terlibat dalam sektor pemborongan dan peruncitan untuk menyertai Program Barang Asas 100 (BA-100) dengan menawarkan jualan pada harga berpatutan.

Ia ke arah membantu usaha menstabilkan harga barangan keperluan.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Fattah Abdullah berkata pihaknya telah menyusun strategi untuk mengawal rantaian nilai daripada pihak pembekal kepada pengguna.

"Kalau ini dapat dibuat saya yakin kita dapat turun sampai 20 peratus harga barang runcit sekarang dengan syarat semua koperasi terlibat dalam program ini," katanya ketika merasmikan kafeteria milik koperasi Masjid Al-Hasanah Bangi Berhad, di sini.

Katanya, sehingga kini sebanyak 2,000 koperasi telah mendaftar untuk Program BA-100 dan 500 daripadanya telah bergerak aktif.

Media Baharu