fb fb fb fb fb

Anggota komando dikhuatiri lemas di Pulau Undan

(FOTO HIASAN)

MELAKA 7 Februari- Operasi mencari dan menyelamat seorang anggota tentera Unit Komando yang dikhuatiri lemas di kawasan perairan Pulau Undan sedang giat dijalankan.

Pengarah Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Iskandar Ishak berkata seramai enam anggota maritim ditugaskan dalam operasi itu dengan setakat ini pencarian dilakukan dalam radius 10 batu nautika persegi. 

"Operasi mencari akan diteruskan esok selepas ditangguhkan apabila keadaan semakin gelap petang tadi termasuk angin kencing dan jarak penglihatan yang terhad. 

Untuk esok (hari ini) kita akan gunakan bantuan helikopter dan aset berkaitan bagi melancarkan operasi. Radius pencarian juga akan diperluaskan," katanya kepada media ketika ditemui di khemah operasi SARS di Jeti Umbai, malam tadi.

Katanya,  pihaknya turut memaklumkan dan meminta bantuan kepada nelayan yang sedang menangkap ikan di sekitar lokasi sekiranya terdapat sebarang maklumat. 

Operasi mencari dan menyelamat mangsa katanya turut dilakukan dengan bantuan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Dalam kejadian sekitar pukul 5.15 petang itu, mangsa Lans Koperal Edrin Daintin, 25 tahun, dikatakan hilang semasa sedang menjalani latihan kursus juruselam di lokasi 0.7 batu nautika barat daya Pulau Undan. 


(Pengarah Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Iskandar Ishak)

Media Baharu