Amaran ribut petir melibatkan tujuh negeri hingga tengah malam ini

Ramalan cuaca melibatkan beberapa kawasan di Semenanjung, selain beberapa bahagian di Sarawak dan Sabah

KUALA LUMPUR, 7 Julai – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat serta angin kencang melibatkan tujuh negeri hingga 12 tengah malam ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Seluruh Melaka dijangka terjejas oleh ribut petir, hujan lebat dan angin kencang.
  • Terengganu: Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman disebut terjejas.
  • Pahang: Jerantut, Bera. Negeri Sembilan: Jempol, Tampin. Johor: Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian.
  • Sarawak: Sarikei, Sibu, Limbang, Song (Kapit), Pusa, Saratok, Kabong. Sabah: Sipitang, Sandakan, Tawau, Kunak, Lahad Datu.

Hantaran di Facebook MetMalaysia memaklumkan ramalan cuaca buruk itu membabitkan beberapa kawasan di Semenanjung, selain beberapa bahagian di Sarawak dan Sabah.

Lokasi dijangka terjejas melibatkan seluruh Melaka, serta beberapa daerah di Terengganu (Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman).

Turut mengalami cuaca serupa masing-masing, daerah Jerantut dan Bera di Pahang, Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan, serta Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang dan Pontian di Johor.

Di Sarawak pula, keadaan cuaca sama dijangka melanda Sarikei, Sibu, Limbang, daerah Song dalam bahagian Kapit, serta kawasan Pusa, Saratok dan Kabong dalam bahagian Betong.

Bagi Sabah, kawasan yang terlibat ialah Sipitang di Bahagian Pedalaman; Sandakan serta daerah Tawau, Kunak dan Lahad Datu di bahagian Tawau.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.