KUALA LUMPUR, 29 Julai – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan beberapa daerah di negeri Selangor iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang dan Kuala Langat sehingga pukul 11.00 pagi ini.
Menurut kenyataan METMalaysia, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan hujan berintensiti melebihi 20 mm sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi tempoh satu jam.
Amaran tersebut merupakan amaran jangka pendek dan sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.
Orang ramai dinasihatkan untuk berwaspada dan mengelakkan sebarang aktiviti luar sepanjang tempoh cuaca buruk ini.