KUALA LUMPUR, 20 April - Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dikeluarkan di tiga negeri hingga 12 tengah hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan amaran itu melibatkan Selangor iaitu daerah Kuala Selangor, Klang, Petaling serta Kuala Langat.
"Amaran sama turut dikeluarkan bagi kawasan di Negeri Sembilan iaitu di Kuala Pilah, Rembau dan Tampin,' menurut kenyataan itu.
Keadaan cuaca sama dijangka melanda Melaka membabitkan Alor Gajah dan Melaka Tengah.