fb fb fb fb fb

Amaran ribut petir, hujan lebat di Melaka, Johor hingga 2 petang ini

Foto Facebook Malaysian Meteorological Department

KUALA LUMPUR, 2 Disember - MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di dua negeri di seluruh Melaka dan Johor hingga pukul 2 petang ini.

MetMalaysia memaklumkan, cuaca buruk itu dijangka melanda Johor melibatkan kawasan Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir ialah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

MARDHIYAH MOHAMMED ZIN