fb fb fb fb fb

Amaran hujan lebat berterusan di Pahang dan Johor hingga esok- MetMalaysia

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 6 Januari- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan melibatkan timur Pahang dan Johor sehingga esok.

MetMalaysia menerusi kemas kininya turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora sehingga Isnin.

Ia susulan penumpuan angin timuran yang dijangka berlaku di Pahang, Johor, Sarawak dan timur Sabah sehingga Selasa, sekali gus menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan di kawasan terbabit.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE