fb fb fb fb fb

Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sarawak hingga Isnin

Foto Hiasan/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 3 Februari- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Sarawak yang dijangka berlaku bermula esok hingga Isnin (5 Februari).

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan kawasan yang terlibat ialah Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah) serta Bintulu.

Amaran sama turut dikeluarkan di Miri dan Limbang yang diramal berlaku hingga esok.

Hujan berterusan tahap waspada turut dijangka berlaku di Sabah membabitkan Tawau, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat hari ini.

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI