KUALA LUMPUR, 13 Disember - Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus memperkasa peranan wanita menerusi Skuad Aman Wanita (Amanita) dalam menyokong keselamatan dan kesejahteraan kawasan kediaman serta komuniti setempat.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata; pelaksanaan itu selari dengan inisiatif memperkukuh kerjasama strategik antara polis dan masyarakat; dalam usaha mengurangkan kadar jenayah.
Pelaksanaan melalui perkongsian maklumat, penyaluran informasi kepada pihak polis serta pengumpulan maklumat secara bersepadu itu dilihat sebagai platform mendekati semua segmen masyarakat.
"Program ini akan dilaksanakan secara berterusan sebagai sebahagian daripada inisiatif bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) telah dilaksanakan sebelum ini dan diteruskan bagi membolehkan pihak polis mendekati segmen isi rumah, khususnya golongan suri rumah, melalui penubuhan Amanita di peringkat Kontinjen Kuala Lumpur.
"PPR ini merupakan antara komuniti yang sangat aktif dan telah lama bekerjasama dengan pihak polis. Lokasinya juga amat strategik kerana terletak di tengah-tengah kawasan metropolitan, selain komitmen serta kerjasama yang diberikan oleh masyarakat setempat sangat positif terhadap pihak polis,"
Beliau berkata demikian dalam ucapan semasa Majlis Peluncuran Taman Angkat 2025 Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di Dataran PPR Seri Alam, di ibu negara.
Pemilihan PPR Seri Alam berpandukan penglibatan aktif menerusi pelbagai program dilaksanakan agensi dan organisasi.
Taman Angkat PDRM itu bukan sekadar ruang rekreasi, tetapi platform jalinan mesra antara polis dengan masyarakat; sebagai usaha pencegahan jenayah secara holistik.