KUALA TERENGGANU, 15 Jun- Aliran trafik pengguna jalan raya menuju ke Plaza Tol Kuala Terengganu di Bukit Gemuruh Lebuh Raya Pantai Timur Dua (LPT2) lancar.
Tinjauan RTM setakat pukul 7.30 malam tadi mendapati situasi masih terkawal dengan penugasan kakitangan LPT2 serta anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang membantu melancarkan aliran trafik.
Pengurus Wilayah LPT2 Ts Suhaimi Samat ketika dihubungi RTM berkata, tiga lorong tambahan dibuka dari arah Kuala Lumpur menuju ke Kuala Terengganu.
Bagaimanapun pihaknya menjangkakan pertambahan kenderaan antara 45,000 hingga 60,000 kenderaan sempena cuti Hari Raya Aidiladha.
Peningkatan itu adalah kira-kira 250 peratus hingga 300 peratus berbanding purata trafik harian iaitu sekitar 18,000 hingga 20,000 pada hari biasa.