fb fb fb fb fb

Aktiviti sukarelawan, didik sikap peduli dalam kalangan mahasiswa

Foto FB Menteri

NILAI, 11 Oktober- Aktiviti sukarelawan mendidik pembinaan karakter murni dengan sikap kepedulian tinggi dalam kalangan mahasiswa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Setia Dr. Mohd Na'im Mokhtar berkata kecaknaan golongan itu dalam misi kemanusiaan akan melahirkan golongan pemimpin bernilai murni pada masa akan datang.

"Maka, wajarlah golongan mahasiswa khususnya di USIM sebagai pemimpin masa depan. Malaysia mengambil langkah bijaksana berasaskan ilmu untuk lebih agresif menyebarkan idea kesatuan kemanusiaan."

"Dengan harapan kemanusiaan sejagat dapat dipertahankan," kata Dr. Na'im kepada pemberita.

Beliau ditemui pada majlis perasmian Malam Kemanusiaan Karnival Mahasiswa Islam Madani, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan di USIM, Nilai.

Antara pengisian karnival berkenaan adalah Fun Run For Palestin dan Forum Hala Tuju Mahasiswa Islam.

Seramai 50 anak-anak Syria dan Palestin dari Sekolah Jasmine Ash Sham, Ampang turut diraikan pada majlis berkenaan.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM