fb fb fb fb fb

Selesai jalani hukuman, 108 PTI dihantar pulang - JIM Johor

Foto Hiasan

JOHOR BAHRU, 11 Oktober- 108 tahanan warga asing (PTI) dari pelbagai negara dihantar pulang ke negara asal, pada Khamis.

Kesemua mereka dihantar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 1 dan 2 serta Terminal Feri Stulang Laut, Johor Bahru.

Menerusi kenyataan Facebook Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor, mereka dilapor selesai menjalani hukuman penjara atas pelbagai kesalahan termasuk mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Warga asing terlibat merupakan 88 warga Indonesia, 19 warga Pakistan dan seorang warga Bangladesh.

Semuanya telah dikeluarkan dokumen perjalanan sementara untuk pulang ke negara asal oleh kedutaan negara masing-masing.

Mereka juga disenarai hitam dalam Sistem Jabatan Imigresen dan tidak dibenarkan memasuki semula negara mengikut tempoh ditetapkan.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM