fb fb fb fb fb

Akta baharu berkaitan dadah, dibentang Julai nanti - Saifuddin

SERDANG, 15 Mei- Akta baharu berkaitan penyalahgunaan dadah bakal dibawa ke dalam mesyuarat jemaah menteri, Julai nanti.

Akta berkenaan dikenali sebagai Akta Penyalahgunaan Dadah dan Bahan diwujudkan untuk mengelakkan kesesakan pesalah bagi kes itu di penjara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata akta tersebut merangkumi aspek perundangan yang lebih komprehensif dan tersusun.

"Dengan adanya undang-undang ini nanti, bagi jenis kesalahan dadah ditemui dalam badan, baik kesalahan memiliki atau mengguna dengan kadar lebih kecil.

Idea asal untuk tidak menganggap jenayah dadah biasa dengan istilahnya dekriminalisasi," kata Saifuddin kepada pemberita pada Majlis Penerapan Nilai Nilai Murni dan Sambutan Hari Raya Kementerian Dalam Negeri (KDN) di MAEPS, Serdang, pagi tadi.


(Foto FB Kementerian)

Turut hadir memeriahkan majlis adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri serta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Taklimat perkembangan rang undang-undang berkenaan dan ia berlangsung mengikut jadual yang ditetapkan.

Menurut Saifuddin, jika akta itu mendapat kelulusan jemaah menteri, pihaknya akan berganding dengan Jabatan Peguam Negara untuk kemukakan satu draf.

Media Baharu