fb fb fb fb fb

Ainol Azmil dilantik Pemangku Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON

Pemangku Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Ainol Azmil

SUBANG JAYA, 31 Mei- PROTON mengumumkan pelantikan Ainol Azmil sebagai Pemangku Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu, berkuat kuasa 10 Jun 2025.

Pelantikan itu akan menyaksikan Ainol Azmil melapor terus kepada Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong, di samping mengekalkan portfolio semasanya dalam Strategi Korporat dan Perolehan Teknikal Kumpulan.

Beliau akan mengambil alih peranan yang ditinggalkan oleh Roslan Abdullah, yang akan menamatkan perkhidmatan selepas lima tahun berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif.

“PROTON mengalu-alukan Ainol Azmil sebagai Pemangku Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif. Kami yakin dengan kebolehan dan komitmennya untuk memimpin dan meneruskan kesinambungan syarikat,” kata Dr Li Chunrong.

Dalam pada itu, PROTON turut merakamkan penghargaan kepada Roslan Abdullah atas sumbangan besarnya sepanjang tempoh perkhidmatannya dan mendoakan kejayaan beliau dalam usaha-usaha mendatang.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE