fb fb fb fb fb

Aidilfitri: Terengganu umum 30 Mac cuti peristiwa

Foto FB Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar

KUALA TERENGGANU, 26 Mac- Kerajaan Negeri Terengganu mengumumkan Ahad, 30 Mac ini sebagai Hari Kelepasan Am (cuti peristiwa) sempena dengan sambutan Aidilfitri.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ir Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam satu kenyataan di laman Facebook rasmi beliau, malam tadi.

"Kerajaan negeri telah bersetuju untuk menjadikan hari Ahad, 30 Mac 2025 sebagai Hari Kelepasan Am (cuti peristiwa) sempena Aidilfitri 1446 Hijrah bersamaan 2025 Masihi.

"Manfaatkan ruang ini untuk bersama keluarga tercinta. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin," katanya.

Selain Terengganu, Melaka negeri pertama mengumumkan cuti tambahan sempena Aidilfitri.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM