SHANGHAI, 10 September - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selamat tiba tengah malam tadi, bagi meneruskan lawatan kerja di China.
Antara yang menyambut ketibaan beliau, ahli parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong dan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Keberadaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid di Shanghai bagi menghadiri Forum Perniagaan Halal Malaysia-China yang dianjurkan Halal Development Corporation (HDC), bermula hari ini.
Forum tersebut bakal dihadiri pemain industri halal Malaysia-China, sekali gus membuka ruang kerjasama perniagaan antara mereka.
Timbalan Perdana Menteri kemudiannya akan menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Mara Aerospace and Technologies Sdn Bhd dengan Honeycomb Aerospace Technologies (Beijing) Co Ltd dalam bidang penerbangan.
Terdahulu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid mewakili Malaysia dalam Persidangan Forum Kerjasama Keselamatan Awam Global 2024 di Lianyungan.