
KUALA LUMPUR, 15 Oktober – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.
RINGKASAN BERITA AI
- Hantaran di Facebook Istana memaklumkan sesi menghadap.
- Sesi menghadap berlangsung di Istana Negara hari ini.
- Seri Paduka kemudian berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-273.
- Mesyuarat tersebut dipengerusikan Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, sesi menghadap itu berlangsung di Istana Negara, hari ini.
Seri Paduka Baginda kemudian berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-273.
Mesyuarat tersebut dipengerusikan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.