
- Kebakaran melibatkan kawasan sampah seluas 0.0232 hektar dan merebak ke stor fiber yang menempatkan bongkah boya setinggi 10 kaki.
- Seramai 18 anggota dari BBP Pasir Gudang dan Johor Jaya digerakkan ke lokasi.
- Operasi pemadaman dibahagikan kepada bahagian hadapan dan belakang, menggunakan dua pam angkut dan sumber air laut berhampiran.
- Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
PASIR GUDANG, 15 Oktober -Operasi memadam kebakaran di tapak pelupusan sampah di Jalan Muhibbah, Kampung Pasir Putih, di sini, masih diteruskan setakat pagi ini.
Kebakaran dilaporkan pada pukul 10.04 malam tadi itu melibatkan kawasan sampah seluas 0.0232 hektar sebelum merebak ke kawasan simpanan fiber yang menempatkan longgokan bongkah boya setinggi 10 kaki.
Timbalan Penguasa Bomba II, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Firdaus bin Ahmad berkata, seramai 18 anggota dari BBP Pasir Gudang dan Johor Jaya digerakkan ke lokasi kejadian.
“Operasi pemadaman dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu hadapan dan belakang kawasan kebakaran, menggunakan dua pam angkut dengan sumber air laut berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.