KUALA LUMPUR, 25 Januari- Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat Hari Thaipusam kepada semua penganut Hindu yang menyambut perayaan itu hari ini.
Menerusi hantaran di Facabook Istana Negara hari ini, Seri Paduka berdua menzahirkan harapan agar perayaan itu juga dapat memupuk semangat perpaduan dan persaudaraan sesama masyarakat majmuk dalam negara yang aman dan makmur.
“Semoga hari yang bermakna kepada penganut agama Hindu ini diraikan dengan penuh keceriaan dan sentosa di sisi keluarga tersayang,” menurut catatan itu.