(Foto BERNAMA dan Gettyimages)
LONDON, 6 Mei- Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat menghadiri Istiadat Pertabalan Raja Charles III.
Istiadat berkenaan berlangsung di Wesminster Abbey di sini.
Seri Paduka berdua tiba di London pada Rabu bagi mengadakan lawatan khas hingga 14 Mei atas jemputan rasmi Raja Charles III.
Kota London hari ini menjadi tumpuan dunia dengan kunjungan raja-raja dan anggota kerabat, ketua-ketua negara, ketua-ketua kerajaan serta dif-dif kenamaan utama dari seluruh dunia.
Kira-kira 2,000 tetamu jemputan khas menghadiri upacara bersejarah itu.
Kali terakhir ia diadakan pada 70 tahun lalu, ketika Ratu Elizabeth II ditabal menjadi ketua negara UK pada 2 Jun 1953.
Suasana di sekitar London dibanjiri orang ramai dari serata pelosok dunia untuk menyaksikan sendiri peristiwa bersejarah era moden ini.

(Foto BERNAMA dan Gettyimages)