fb fb fb fb fb

79 penumpang selamat feri terbakar tengah laut

KUALA NERUS, 6 Mei - Seramai 79 penumpang termasuk kru sebuah feri berdepan detik cemas apabila feri dinaiki mereka terbakar petang tadi.

Insiden kebakaran itu telah merebak ke seluruh bahagian feri dan dianggarkan musnah seratus peratus.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu Kapeten Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid berkata dalam kejadian pada 2.40 petang itu, feri tersebut dalam perjalanan ke Terminal Feri Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu seblum terbakar ketika berada berhampiran Pulau Bidong.

Sebaik menerima panggilan daripada Pusat Kecil Mencari dan Menyelamat Maritim Kuantan pada 3 petang, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian.

(Seluruh bahagian feri musnah seratus peratus/FOTO pembaca)

“Dua aset APMM iaitu bot Perkasa 1248 dan bot Pengawal 16 yang sedang mengadakan rondaan di sekitar perairan tersebut telah diarahkan untuk melakukan kerja-kerja penyelamatan," katanya.

Bagaimanapun kesemua penumpang dan kru terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dan berjaya dibawa keluar dari feri terbabit sebelum dipindahkan ke sebuah feri lain.

Mohd. Khairulanuar berkata, siasatan akan dilakukan bagi mengenal pasti punca kebakaran feri berkenaan manakala punca insiden masih disiasat.



Media Baharu