fb fb fb fb fb

Agong, Permaisuri berangkat ke Pesta Kuantan 188

(Yang di-Pertuan Agong diiringi Raja Permaisuri Agong berkenan melihat persembahan bunga api dan
persembahan artis ketika berangkat tiba sempena Pesta Kuantan 188 di Menara Kuantan 188 malam tadi/BERNAMA)

KUANTAN, 4 September- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli ke Pesta Kuantan 188, di sini, malam tadi.

Ketibaan Seri Paduka berdua diiringi Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan kerabat diraja lain.

Majlis yang diadakan sempena memuliakan ulang tahun hari keputeraan Seri Paduka baginda berdua dimeriahkan dengan acara memotong kek dan pulut kuning, selain persembahan bunga api serta ‘projection mapping.’

(Yang di-Pertuan Agong diiringi Raja Permaisuri Agong berkenan memotong kek ketika berangkat
tiba sempena Pesta Kuantan 188 di Menara Kuantan 188 malam tadi/BERNAMA)

Selain itu, persembahan nyanyian oleh artis tempatan antaranya Man Bai, Aina Abdul, Ara Johari dan Raihan turut berlangsung di Menara Kuantan 188.

Ikonik baharu bandaraya Kuantan itu merupakan menara kedua tertinggi di Malaysia.

Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, barisan kepimpinan kerajaan negeri, dan Pengarah Urusan Kuantan 188 Datuk Zulkifli Mohamad.

Media Baharu