fb fb fb fb fb

Agong perkenan Akta Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon 2025

Sidang Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR, 22 Julai – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan memperkenankan Akta Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon 2025 yang diluluskan dalam Mesyuarat Pertama Penggal Keempat baru-baru ini.

Perkara itu dimaklumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, sebelum sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Akta berkenaan digubal bagi menyediakan peruntukan berkaitan pemerangkapan, pengangkutan, penggunaan dan penyimpanan kekal karbon dioksida, selaras dengan usaha negara menangani perubahan iklim.

Ia turut bertujuan memangkinkan pembangunan industri karbon sebagai sumber baharu kepada pertumbuhan ekonomi negara.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE