fb fb fb fb fb

Agong berkenan kurnia 341 individu darjah kebesaran, bintang dan pingat

Yang di-Pertuan Agong berkenan mengurniakan Darjah Johan Mangku Negara kepada Timbalan Panglima TLDM, Laksamana Madya Datuk Zulhelmy Ithnain hari ini

KUALA LUMPUR, 9 Januari- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan Darjah Johan Mangku Negara (JMN) kepada Timbalan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Madya Datuk Zulhelmy Ithnain

Beliau mendahului senarai 341 penerima pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan di Istana Negara sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong.

Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berangkat ke istiadat itu.

Turut dikurniakan Darjah J.M.N ialah Timbalan Rector IIUM Prof Dr. Ahmad Faris Ismail Prof Dr Ahmad Faris Ismail dan Ketua Pengarah Hidrografi, Pusat Hidrografi Nasional, Laksmana Muda Datuk Hanafiah Hassan .

Al-Sultan Abdullah juga berkenan mengurniakan Darjah Johan Setia Mahkota (JSM) kepada Prof Dr Aini Aman, Dekan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Mejar Jeneral Datuk Abdul Hadi Md Sharif Bersara Ketua Pengarah Jabatan arah urusan gaji Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Seri Paduka turut berkenan menganugerahkan Bintang Kesatria Mangku Negara (KMN) kepada 62 individu antaranya Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan Datuk Dr. Harlina Abdul Rashid dan Datin Sri Angelina Anak Celestine Ujang

Antara keseluruhan 341 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan hari ini, 12 individu menerima JMN, 14 penerima JSM, 62 penerima KMN.

Seramai  91 lagi individu menerima Ahli Mangku Negara (AMN), 161 penerima pingat pangku negara (P.P.N) dan seorang penerima Bentara Setia Diraja (BSD).

Turut hadir sama pada istiadat itu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor ming dan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang.

SITI AISHAH BINTI MD ISA