fb fb fb fb fb

Agensi keselamatan dalam fasa siap siaga, berdepan situasi banjir - Saifuddin

Foto FB KDN

SEGAMAT, 3 Mac- Lebih 7,000 anggota keselamatan pelbagai agensi bersiap siaga menghadapi bencana banjir di seluruh negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata aset menyelamat turut diselenggara untuk kegunaan apabila diperlukan.

"Gabungan pasukan polis dan lain-lain agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) ini akan menjadikan kekuatan kita mencecah 7,000 anggota. Pastinya, arahan untuk siap siaga sudah dikeluarkan ia termasuk dengan penyelenggaraan aset menyelamat termasuk bot, kenderaan pacuan empat roda, lori dan pelbagai bentuk aset lain.

Ini penting bagi memastikan kerja menyelamat nyawa ini berjalan lancar," kata Saifuddin kepada pemberita RTM selepas menyampaikan sumbangan pek makanan asas kepada keluarga pegawai dan anggota polis yang terjejas di Perumahan Polis IPD Segamat, Johor.


(Foto FB KDN)

Dalam pada itu, beliau turut memohon kerjasama masyarakat yang terlibat banjir untuk berpindah apabila diarah berbuat demikian.

Ia bagi memastikan keselamatan penduduk terjamin dan mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Media Baharu