fb fb fb fb fb

Abdul Latiff sedia undur, beri peluang kepada muka baharu

PASIR MAS, 16 Oktober- Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad bersedia berundur bagi memberi peluang kepada muka baharu mewakili Parti BERSATU untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau berkata, sudah tiba masanya untuk berbuat demikian selepas hampir enam penggal bergelar wakil rakyat dan memegang pelbagai jawatan sama ada dalam kerajaan negeri mahupun persekutuan.


(Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) merangkap Ahli Parlimen Mersing Datuk Dr Abd Latiff Ahmad
pada sidang media ketika hadir meninjau pembinaan laluan air yang sedang dibina di sepanjang
benteng bermula di Kampung Tersang sehingga ke Jalan Lubok Jong, di sini)

Walaubagaimanapun, perjuangannya dalam arena politik tetap diteruskan dan bersedia membantu mana-mana calon Perikatan Nasional (PN) seluruh negara.

"Saya dah sampai pada klimax 6 penggal dan jadi menteri 17 tahun jadi timbalan menteri jadi saya pernah jadi exco kerajaan negeri cukuplah, beri peluang kerana ini masa untuk tonjolkan bakat baru yang bersedia berkhidmat untuk rakyat," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke tapak projek tebatan banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Kampung Tersang, Rantau Panjang Pasir Mas, hari ini.

Pada PRU14, Abdul Latiff yang bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) ketika itu memenangi kerusi Parlimen Mersing dengan memperoleh 19,806 undi, menewaskan dua pencabarnya daripada PAS dan PKR.

Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) berkata, sebanyak 6,010 pusat pemindahan sementara (PPS) sudah dikenal pasti pihaknya diseluruh negara.

2,800 daripada jumlah itu adalah sekolah menengah dan sekolah rendah yang akan digunakan untuk PRU.

Beliau berharap tiada pertembungan antara PRU dan banjir dan jika ia bertembung pihaknya sudah mempunyai jalan penyelesaian tersendiri.



Media Baharu