fb fb fb fb fb

PM ucap tahniah kepada Team Haq, juara MPL MY

(Team Haq akan membawa Jalur Gemilang mewakili Malaysia
bersama
pasukan Todak keKejohanan Dunia Mobile Legends Bang Bang
M4 (M4)yang akan berlangsung di Jakarta, tahun depan)


KUALA LUMPUR, 17 Oktober- Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada pasukan e-sukan Team Haq yang menjuarai Liga Profesional Mobile Legends (MPL) MY musim ke-10 dengan mengalahkan juara bertahan Todak,4-2.

Perdana Menteri berkata kejayaan seperti itu adalah bukti negara mempunyai bakat muda yang perlu disokong dan digilap untuk mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

(Hantaran PM di Facebook/FB ISMAIL SABRI YAAKOB)

“Team Haq akan membawa Jalur Gemilang mewakili Malaysia bersama pasukan Todak ke Kejohanan Dunia Mobile Legends Bang Bang M4 (M4)yang akan berlangsung di Jakarta, tahun depan.

“Sudah terbukti bakat-bakat anak muda e-sukan kita semakin hebat. Semoga pertandingan di peringkat dunia akan menyerlahkan lagi bakat mereka.Malaysia Boleh!,” katanya menerusi hantaran di Facebook. -BERNAMA 

 

Media Baharu