fb fb fb fb fb

96 mangsa terjejas akibat rumah roboh di Semporna

Rumah atas air yang roboh di Kampung Simunul Lorong 3 di sini, pagi tadi.

SEMPORNA, 1 Ogos- Seramai 196 mangsa melibatkan 30 keluarga terjejas selepas rumah atas air yang didiami mereka di Kampung Simunul Lorong 3 di sini roboh pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Semporna Superintenden Mohd Farhan Lee Abdullah memaklumkan sebanyak 30 rumah roboh iaitu 28 buah membabitkan 190 mangsa tempatan manakala dua lagi didiami enam warga asing.

"Kejadian berlaku pada 10.15 pagi bermula dengan dua rumah roboh disusuli rumah lain ekoran struktur rumah yang dibina berdekatan dan bersambung antara satu sama lain," menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Ujarnya siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada angin kuat dan ombak besar pada 8 Julai lepas yang menyebabkan struktur dua rumah menjadi condong.

Mohd Farhan turut berkata pihaknya menerima 33 laporan berhubung insiden rumah roboh dan kerugian dialami oleh mangsa untuk tindakan lanjut.

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI