fb fb fb fb fb

91 individu terima darjah kebesaran negeri sempena Hari Keputeraan Sultan Mizan

(Foto FB Penerangan Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 14 Ogos- Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mengurniakan bintang dan darjah kebesaran negeri kepada 91 individu bagi tahun 2022.

Pengurniaan bintang-bintang darjah kebesaran negeri itu sempena sambutan ulang tahun ke-60 hari keputeraan baginda.

Turut berangkat ke istiadat tersebut yang berlangsung di Istana Sharqiyyah, Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah. Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.


(Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin bersama-sama Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah/FB PENERANGAN TERENGGANU)

Duta besar ke Perancis, Dato' Mohd Zamruni Khalid mendahului senarai 91 penerima selepas dianugerahkan Darjah Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZ) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Manakala 18 individu dianugerahkan Darjah Datuk Paduka Mahkota Terengganu (DPMT) yang membawa gelaran Datuk.

Ini termasuk dua ahli exco kerajaan negeri, Satiful Bahri Mamat dan Dr Alias Razak serta Timbalan Ketua Polis Terengganu, SAC Wan Rukman Wan Hassan.

Turut menerima darjah sama adalah Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Berhad, Datuk Mohamad Idham Nawawi serta bekas Ketua KAGAT, Mejar Jeneral Muhammad Azmi Wahab.

Sultan Mizan turut berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Setia Mahkota Terengganu Yang Amat Dihormati S.M.Z kepada 25 penerima.

Media Baharu