fb fb fb fb fb

9 pelajar terperangkap kejadian kepala air berjaya diselamatkan

SETIU, 5 November - Sembilan pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dungun berdepan detik cemas selepas terperangkap dengan kejadian kepala air petang semalam.

Kesemua mereka bagaimanapun berjaya diselamatkan menggunakan jaket keselamatan dan tali.

Komander operasi, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Razli Rapaie dalam satu kenyataan berkata, kejadian berlaku di kawasan seberang sungai Lata Hulu Kerbau, di sini yang menjadi lokasi perkelahan orang ramai.

(Mangsa berjaya diselamatkan)

Kesemua mangsa berusia 22 dan 23 diselamatkan anggota bomba dari balai bomba dan penyelamat Setiu dan Kuala Nerus digerakkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan pukul 5 petang.

Operasi menyelamat selesai pukul 7 petang.

Media Baharu