PUTRAJAYA, 7 Julai - Garis Panduan Perancangan dan Pembangunan (GPP) Bandar Diraja tidak akan menghadkan pembangunan, di sembilan bandar diraja. kata Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming.
Menurutnya, pelaksanaan itu akan lebih tersusun dan disesuaikan mengikut kedudukan bandar demi memelihara institusi dan identiti diraja.
“Garis panduan itu akan fokus kepada aspek seni bina bangunan, pemilihan warna, landskap, pemuliharaan warisan dan pasak bangunan selain dijadikan tumpuan dan aset pelancongan," pada majlis pelancaran GPP di sini, hari ini.
Katanya, GPP juga turut menyediakan perancangan dan pembangunan yang menampilkan ciri, keistimewaan dan keindahan institusi warisan negara.
"Selain itu, pelaksanaan itu nanti akan menjadi panduan pembangunan yang merangkumi aspek warisan, identiti, ekonomi, pelancongan," katanya.
Kor Ming berkata, GPP telah dibentangkan dan diluluskan di Mesyuarat Jemaah Menteri pada 17 Mei lepas.
Perkara itu juga akan dibentangkan di Mesyuarat Majlis Raja-Raja Yang Ke-262 untuk mendapat perkenan sebelum diguna pakai dan dikuatkuasakan.
(Garis Panduan Perancangan dan Pembangunan (GPP) Bandar Diraja/FOTO PlanMalaysia)