fb fb fb fb fb

700 anggota polis kawal keselamatan WTD & WTC di Melaka

Datuk Dzulkhairi Mukhtar ditemu bual dalam Program “Kokenut Shake Dulu Special” di Konti Melakafm

MELAKA, 26 September - Polis Melaka menggerakkan hampir 700 anggota, termasuk bantuan dari Bukit Aman, sempena Hari Pelancongan Sedunia (WTD) dan Persidangan Pelancongan Dunia (WTC) yang berlangsung dari hari ini hingga 29 September.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar, berkata tiada penutupan jalan dilakukan, sebaliknya beberapa lencongan jalan akan dilaksanakan bagi memastikan aliran trafik lancar.

“Kita tidak akan melakukan sebarang penutupan jalan, cuma beberapa lencongan akan dibuat dan pastikan ia boleh dilalui. Fokus utama kita ialah keselesaan rakyat Melaka. Bagi jalan protokol yang dilalui VIP, jika ditutup pun hanya untuk tempoh singkat dan dibuka semula segera,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menjadi tetamu Program “Kokenut Shake Dulu Special” di Konti Melakafm.

Orang ramai dinasihatkan merancang perjalanan, mengamalkan kongsi kenderaan, dan mematuhi arahan pihak berkuasa bagi mengelakkan kesesakan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE