IPOH, 29 November- Jumlah penduduk terjejas banjir di Perak meningkat kepada 69 penduduk daripada 22 buah keluarga terlibat setakat pukul 8.00 pagi tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan, dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di dua daerah iaitu di Kerian
Di Daerah Kerian PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Haji Aman menempatkan 20 penduduk daripada tujuh keluarga.
Kesemua mereka dari kawasan Kampung Parit Ali Kalang dan Kampung Parit Air Itam 2.
Sementara itu di daerah Batang Padang, 49 penduduk penduduk terjejas banjir terdiri daripada 15 keluarga berlindung di PPS Dewan Serbaguna Kampung Klah Baru.