fb fb fb fb fb

63,296 penduduk PPR, PA terima manfaat subsidi bersasar ayam dan telur ayam

KUALA LUMPUR, 9 Ogos- Seramai 63,296 penduduk Program Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di Kuala Lumpur telah menerima manfaat menerusi program subsidi bersasar bagi pembelian ayam dan telur ayam setakat 5 Ogos lalu.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim berkata, kerajaan membelanjakan sebanyak RM221,536 melalui inisiatif berkenaan bagi membantu meringankan beban penduduk di 61 lokaliti terbabit.

"Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) memberikan kadar subsidi bersasar sebanyak RM3.00 bagi pembelian seekor ayam (super) manakala RM0.50 subsidi bagi 10 biji telur ayam.

Pemberian subsidi ini akan memanfaatkan seramai 147,000 penduduk yang tinggal di 61 Program PPR dan PA di Kuala Lumpur," katanya ketika menjawab pertanyaan senator Datuk Mohd Hisamudin

(Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan)

Dalam pada itu, KWP turut membelanjakan RM581,000 dalam tempoh sebulan bagi menampung pemberian subsidi menerusi Program Jualan Rakyat MYGrocer@Wilayah.

Tambah beliau, mulai 15 Ogos, KWP akan melaksanakan Program Jualan Keluarga Malaysia yang bakal memanfaatkan penduduk di PPR dan PA menerusi jualan murah sebanyak dua kali seminggu.

Media Baharu